Korang masih ingat tak dengan drama bersiri Elly & Epit yang ditayangkan tahun 2011 dan 2013 di Astro Ceria? Antara pelakon terlibat termasuklah Afeiq Shazwan, Sweet Qismina, Abdul Hadi, Dayana, Rykarl dan dibantu Johan Raja Lawak.
Selepas drama ni, para pelakon ini membawa haluan masing-masing. Ada yang nak tumpukan perhatian pada persekolahan seperti Abdul Hadi dan Dayana. Namun mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain. Dan berita yang paling mengejutkan adalah dua daripada mereka, iaitu Hadi dan Dayana telah pun mengikat tali pertunangan pada 11 November lalu.
Alhamdulillah my sis dah tunang dengan Hadi 😭❤️
— nini ⚡️ (@dayiniamerdaa) November 11, 2018
Tak sangka langsung cerita Elly dan Epit yang Hujan suka Diana tu betul betul jadi.
Super happy for them ❤️ pic.twitter.com/09Dar0hvje
Advertisement
Hadi adalah peserta Idola Kecil 3 manakala Dayana adalah juara bagi pertandingan Idola Kecil 2. Kedua-dua mereka kemudian ditemukan sebagai pelakon pembantu dalam drama bersiri komedi ini sebagai ‘Hujan’ dan ‘Diana’.
Tahniah korang! Kita doakan ikatan pertunangan mereka ini berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.