
Foto: Instagram
Penyanyi popular dari Kelantan, Eda Ezrin, berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan anak ketiganya yang juga seorang bayi perempuan.
Advertisement
Perkhabaran itu diumumkan sendiri oleh penyanyi lagu Bea Soba Bea tersebut menerusi Insta Stories miliknya pada Selasa.
“Alhamdulillah, baby girl selamat dilahirkan. Berat 2.75 kilogram,” tulisnya.
Namun begitu, Eda yang nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail itu masih belum mendedahkan nama serta wajah cahaya mata terbaharunya itu kepada umum.
Dalam pada itu, adik iparnya, Raa Suzuran turut memuat naik ucapan buat Eda selain menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka.
“Anak fruit shishu @eda_ezrin. Welcome to the world dan selamat berpantang,” kongsinya.
Untuk perkembangan terkini, Eda kini tampil dengan lagu baharu hasil kolaborasi bersama Den Manjo menerusi single berjudul Adek Saye Abe Sore.
Sumber: Instagram