Skip to main content

Advertisement

Hiburan

20 Tahun Menongkah Arus, Hujan Kini Rasmi Pemegang Rekod Konsert Indie Terbesar Malaysia!

Apa yang bermula sebagai sebuah kumpulan indie dengan identiti tersendiri, kini berkembang menjadi satu fenomena yang merentas generasi. Selepas 20 tahun dalam industri muzik tanah air, Hujan secara rasmi mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori “Largest Audience for a Single Indie Band Live Concert.”

Pengiktirafan itu diraih menerusi penganjuran Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun, yang menghimpunkan belasan ribu peminat setia di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Advertisement

Kejayaan ini memperlihatkan bahawa muzik indie bukan lagi sekadar sebuah gerakan alternatif, tetapi telah berkembang menjadi kuasa besar yang mampu memenuhi venue berskala besar dan mencipta sejarah nasional.

Barisan anggota yang terdiri daripada Noh Salleh, AG, Am dan Izzat menerima sokongan luar biasa daripada komuniti peminat mereka, Raingers, yang hadir menjadikan malam tersebut lebih daripada sekadar sebuah persembahan muzik.

Konsert ini turut dianjurkan oleh Icon Entertainment sebagai penghormatan kepada perjalanan seni Hujan yang telah bertahan selama dua dekad.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Hujan dalam sejarah muzik tempatan, malah membuka lembaran baharu buat landskap muzik indie Malaysia yang kini semakin mendapat tempat di pentas arus perdana.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur