Skip to main content

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati gegar.my

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@gegar.my .

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.

Blood Donation

KEMPEN DERMA DARAH NEW HOONG FATT AUTO SUPPLIES SDN BHD YANG KE 18 ANJURAN BERSAMA HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG (HTAR)

22-11-2026

New Hoong Fatt Auto Supplies Sdn. Bhd

09:00 AM

PERCUMA

Perhatian kepada warga Klang dan sekitarnya! New Hoong Fatt Holdings Berhad menjemput anda menyertai Kempen Derma Darah pada Ahad, 22 November 2026, dari 9.00 pagi hingga 2.30 petang, bertempat di New Hoong Fatt Auto Supplies Sdn. Bhd., Lot 5043, Jalan Teratai, Meru, Klang, Selangor. Satu beg darah mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Kempen ini terbuka kepada orang awam. Ayuh tampil menderma darah dan bantu menyelamatkan nyawa! Untuk maklumat lanjut, hubungi Khairul di 013-587 4915 atau Aishah di 03-3377 5082.
Lain-lain

Majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia 2026 bagi Kolej Vokasional Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

14-11-2026-15-11-2026

Management & Science University (MSU), Shah Alam

08:00 AM

PERCUMA

Majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia 2026 meraikan pencapaian graduan Kolej Vokasional Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini akan berlangsung pada 14 dan 15 November 2026 (Sabtu dan Ahad) di Management & Science University (MSU), Shah Alam. Aktiviti jualan turut diadakan sepanjang dua hari majlis berlangsung.
Pesanan Khidmat Masyarakat

KitarRecycle: Kempen Drop & Go - DIVE 2.0

11-11-2026

Padang Kawad UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

08:00 AM

free entrance

Jom meriahkan D.I.V.E. 2.0: Discover, Inspire, Volunteer, Empower pada 11 November 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Padang Kawad, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah! Dianjurkan oleh pelajar Semester 4, Diploma Teknologi Komunikasi Media Digital (MC112), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, program ini membawakan Kempen KitaRecycle dengan kerjasama SWM Environment Negeri Melaka, bersempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Warga UiTM serta komuniti sekitar Lendu dan Alor Gajah dijemput hadir dengan membawa barangan kitar semula seperti peralatan elektrik dan elektronik, besi, plastik serta kertas. Penyertaan adalah PERCUMA! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengurangkan sisa, menggalakkan amalan kitar semula dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial rasmi D.I.V.E. 2.0.

THR GEGAR Permata Pantai Timur