Skip to main content

Advertisement

General

Jangan Beli Sebab Insecure: Kebenaran Tentang Produk ‘Anjal’ Yang Ramai Tak Tahu!

Gambar Hiasan

Dalam era pemasaran digital yang semakin agresif, produk kecantikan sering dipromosikan dengan pelbagai janji yang menarik perhatian pengguna termasuk dakwaan mampu untuk 'mengangkat', 'menganjalkan', menambah 'volume' atau membesarkan bahagian tertentu tubuh. Namun sebelum membuat keputusan membeli, pengguna disarankan untuk menilai sesuatu produk berdasarkan fakta, bukan rasa tidak yakin terhadap diri sendiri.

Advertisement

Rasa ingin menjaga penampilan adalah perkara normal. Tetapi keputusan membeli produk tidak seharusnya lahir daripada tekanan sosial atau perasaan bahawa diri 'tidak cukup cantik'. Lebih membimbangkan apabila ada produk yang menggunakan istilah seperti 'saintifik', 'medical grade' atau paparan visual yang kelihatan profesional sehingga mewujudkan persepsi bahawa keberkesanannya telah terbukti secara perubatan.


 

Hakikatnya, tidak semua dakwaan pemasaran dibenarkan atau disokong oleh garis panduan pihak berkuasa. Menurut garis panduan berkaitan tuntutan produk kosmetik, dakwaan seperti 'enlargement' (pembesaran), 'volumizing' (menambah isipadu), 'firming' (menganjalkan) dan 'lifting' (mengangkat) untuk produk kosmetik adalah antara tuntutan yang tidak dibenarkan. Ini kerana dakwaan tersebut memberi gambaran perubahan struktur atau fungsi tubuh yang berada di luar skop kosmetik biasa.

Sebaliknya, tuntutan yang lazim diterima bagi produk kosmetik ialah fungsi asas seperti melembapkan kulit (moisturizing) dan penjagaan permukaan kulit.
Pengguna juga digalakkan untuk membaca label dengan teliti dan memahami perbezaan antara bahasa pemasaran dengan fungsi sebenar sesuatu produk. Istilah yang kedengaran canggih tidak semestinya membawa maksud keberkesanan klinikal.

Pada akhirnya, kecantikan bukan diukur melalui tekanan untuk memenuhi standard tertentu. Membeli produk penjagaan diri adalah pilihan peribadi tetapi ia wajar dibuat dengan maklumat yang tepat, jangkaan yang realistik dan tanpa dipengaruhi rasa tidak cukup terhadap diri sendiri.
 

Sumber: Public Health Malaysia
 

THR GEGAR Permata Pantai Timur