Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

“Semua Akan Kelantan Pada Masanya..” - Kuah Bolognese Lebih ‘Surr’ Kalau Tambah Budu, Netizen Tanya Betul Ke Sedap Ni?

Foto: Threads

Jika chef Itali terdengar tentang resipi ini, mungkin ada yang terdiam seketika. Namun di Malaysia, gabungan kuah bolognese dengan budu pula mencetuskan rasa ingin tahu yang luar biasa.

Advertisement

Secara umumnya, setiap negara mempunyai identiti makanan tersendiri yang mencerminkan budaya masing masing. Masakan India dikenali dengan penggunaan rempah yang kuat, Itali pula terkenal dengan hidangan pasta berasaskan keju, manakala Jepun sering dikaitkan dengan makanan laut segar.

Namun, perkembangan dunia kulinari hari ini menyaksikan sempadan tersebut semakin kabur. Konsep makanan fusion membuka ruang kepada pelbagai eksperimen rasa yang menggabungkan elemen dari budaya berbeza.

Pasta yang sinonim dengan Itali juga tidak terkecuali daripada perubahan ini. Hidangan seperti bolognese, carbonara, alfredo dan aglio olio kini dinikmati secara meluas di seluruh dunia dengan pelbagai variasi.

Foto sekadar hiasan

Terbaharu, seorang pengguna Threads dikenali sebagai @_memekhlust mencuri perhatian apabila berkongsi resipi kuah bolognese yang sedikit berbeza daripada kebiasaan.

Apa yang membezakan resipi tersebut adalah penggunaan budu sebagai bahan tambahan, menggantikan sos Worcestershire yang lazim digunakan.

“Guys, I letak budu dalam kuah bolognese sebab recipe calls for Warcestershire sauce,” kongsinya.

Menurutnya, pilihan tersebut dibuat berdasarkan pembacaan bahawa sos berkenaan dicipta oleh masyarakat British yang cuba meniru rasa budu.

Menariknya, hasil masakan itu dikatakan memberikan rasa yang lebih kaya dan berempah.

“Rasa umami tu fuh, suami sampai cakap sedap ‘anchovy sauce’ ni,” tambahnya.

Foto: BBC

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang melihatnya sebagai inovasi menarik, manakala tidak kurang juga yang terhibur dengan keberanian menggabungkan dua dunia rasa yang berbeza.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Lambat laun, akhirnya semua akan Kelantan pada masanya.”

“Kawe oyak doh, kelate 10 tahun kehadapan”

Walaupun mengundang pelbagai reaksi, resipi ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kreativiti dalam masakan tidak mempunyai batas, malah kadangkala gabungan yang tidak dijangka mampu menghasilkan sesuatu yang memikat selera.

Sumber: Threads

THR GEGAR Permata Pantai Timur