
Selepas melalui cabaran mendaki ke puncak Kuantan 188, penyampai Bro Pagi Gegar (BPG), Issey dan Fizie akhirnya berjaya menunaikan misi apabila bersiaran secara langsung dari lokasi ikonik berkenaan, pagi ini.
Menerusi siaran yang berlangsung dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, kedua-dua penyampai itu bukan sahaja berjaya membawa segmen BPG ke ketinggian, malah turut mencuri perhatian apabila sempat berdikir barat secara langsung dari Antenna Kuantan 188.
Advertisement
Cabaran tersebut menjadi lebih istimewa apabila Issey dan Fizie menawan puncak Kuantan 188 dengan mengenakan kurta daripada Teman by Siti Khadijah.

Setibanya di View Deck Kuantan 188, mereka turut meluangkan masa berlatih berdikir barat bersama sekumpulan warga THR Gegar sebelum meneruskan siaran secara langsung.
Meskipun mengakui berdebar dengan cabaran yang perlu ditempuhi, Issey dan Fizie akhirnya berjaya sampai ke puncak dan menyempurnakan misi BPG seperti yang dirancang.
Momen tersebut turut menjadi antara pengalaman unik buat mereka apabila siaran radio bukan sahaja berlangsung dari lokasi luar studio, malah diserikan dengan elemen budaya tempatan menerusi persembahan dikir barat.

Kejayaan itu sekali gus mendapat perhatian dan sokongan daripada pendengar serta mereka yang mengikuti perjalanan misi BPG pada hari berkenaan.
Tahniah buat Issey dan Fizie atas kejayaan menawan Kuantan 188 dan menjayakan siaran secara langsung dari puncak!
