Skip to main content

Advertisement

Berita

3,810 Kes Perceraian Direkodkan di Terengganu, Masalah Komunikasi Antara Punca Berpisah

Foto janaan AI

Jumlah perceraian dalam kalangan pasangan Muslim di Terengganu meningkat dengan ketara apabila sebanyak 3,810 kes direkodkan pada tahun lalu, berbanding 2,798 kes pada tahun sebelumnya.

Advertisement

Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Zuraida Mohd Noor berkata, angka tersebut merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tujuh tahun di negeri itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa hanya 1,803 kes perceraian direkodkan pada tahun 2023, sekali gus menunjukkan trend peningkatan yang jelas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, data daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga meletakkan Terengganu antara lapan negeri dengan jumlah perceraian tertinggi bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

“Ini bukan sekadar angka statistik, tetapi amaran kepada krisis sosial,” katanya ketika berucap dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Zuraida menjelaskan, majoriti pasangan yang bercerai terdiri daripada golongan muda dengan tempoh perkahwinan kurang daripada 10 tahun.

Tambah beliau, antara faktor utama yang menyumbang kepada perceraian termasuk tekanan kewangan, masalah komunikasi antara pasangan serta ketidakstabilan emosi dalam rumah tangga.

Sumber: Bernama

THR GEGAR Permata Pantai Timur