Skip to main content

Advertisement

General

Demi menjadi Serigala, lelaki sanggup belanjakan wang yang besar

demi menjadi serigala, lelaki sanggup belanjakan wang yang besar

Kredit :  Zeppet

Advertisement

seorang pemuda Sanggup Belanja RM99,820 Demi menjadi Serigala

Seorang lelaki sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar hanya semata-mata untuk memenuhi impiannya yang mahu menjadi seekor serigala,

Lelaki berkenaan dilaporkan telah menghubungi Zeppet, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan rekaan dan penghasilan kostum untuk tujuan prop di Jepun, bagi menempah satu kostum serigala yang sangat realistik.

Dia membayar kira-kira tiga juta Yen (RM 99,820) kepada Zeppet bagi memastikan kostum yang dihasilkan itu menepati citarasanya.

“Kerana cinta terlalu mendalam kepada haiwan ini sejak kecil lagi selain kerap melihat pelakon memakai kustom serigala di televisyen, saya bercita-cita mahu memilikinya juga suatu hari nanti,” kata lelaki tersebut seperti yang didedahkan Zeppet.

Syarikat tersebut mengambil masa selama 50 hari untuk menyiapkan tempahan khas lelaki itu.

demi menjadi serigala, lelaki sanggup belanjakan wang yang besar

Kredit: Zeppet

Sebelum menghasilkan kostum serigala ini, Zeppet terlebih dahulu melakukan kajian terhadap anatomi serigala bagi memastikan kostum yang dihasilkan kelihatan seperti seekor serigala yang sebenar apabila disarung nanti.

“Kami menghasilkan kostum serigala tersebut berdasarkan pesanan peribadi lelaki tersebut. Model kostum ini dihasil berdasarkan serigala jenis canis lupus lycaon” kata syarikat tersebut.

 

 

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur