
Foto janaan AI
Dialek Kelantan sememangnya terkenal sebagai antara loghat paling unik di Malaysia. Bagi orang luar, ada kalanya satu perkataan sahaja sudah cukup untuk buat mereka pening kepala.
Advertisement
Terbaharu, perkataan “bereh” kembali mencuri perhatian netizen apabila ramai mula berkongsi bagaimana satu perkataan itu boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada situasi dan cara sebutan.
Apa yang lebih melucukan, ramai mengaku mereka akhirnya ‘mengalah’ untuk cuba memahami dialek Kelantan kerana terlalu banyak maksud tersembunyi di sebalik satu perkataan ringkas itu.
Antara contoh yang menjadi perhatian ramai termasuk:
Bereh = Terima kasih
Bereh = Sama-sama
Bereh = Gerak dulu
Bereh doh = Dah sihat
Bereh doh = Dah selesai
Ho bereh = Okay baik
Bereh la = Okaylah
Bereh doh la = Habis dah
Bereh dok = Okay tak?
Berrrehhhhhhhhhhhh = Mudah je
Bereh la gitu = Okay macam tu
Bereh gitu gak = Kecil hati
Bereh-bereh = Kelam-kabut atau tergesa-gesa
Lebih menghiburkan, netizen mendakwa nada suara dan panjang pendek sebutan juga memainkan peranan penting untuk memahami maksud sebenar. Kalau salah ‘tone’, lain pula maksudnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dari negeri lain mengaku mereka terus ‘lost’ selepas membaca senarai tersebut.
“Aku ingat bereh ni satu maksud je rupanya boleh jadi satu kamus terus,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Aku dah cuba belajar loghat Kelantan, tapi makin belajar makin rasa macam tengah decode bahasa alien,” seloroh netizen lain.
Dalam masa sama, warga Kelantan pula dilihat terhibur apabila ramai orang mula menyedari betapa fleksibelnya penggunaan perkataan dalam dialek mereka.
Bagi mereka, situasi itu normal kerana penduduk tempatan sudah biasa memahami maksud hanya berdasarkan intonasi dan konteks percakapan.
Apa pun, satu perkara yang pasti ialah dialek Kelantan memang ada tahapnya tersendiri. Bahkan, kadang-kadang orang Malaysia pun perlukan subtitle sebab nak fahamkan apa yang sedang diperkatakan.
Sumber: Facebook Kelantan FA