Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

5 Penyakit Kulit Ini Terjadi Ketika Musim Hujan

Eeeee rimasnya bila jadi macam ni!

Musim hujan memang seronok. Waktu inilah kamu boleh berada dalam keadaan yang sejuk, relax dan berselimut sambil-sambil berehat.

Tetapi bagi sesetengah orang pula, musim hujan boleh jadi ‘malapetaka’ bagi mereka. Ini kerana cuaca lembap ini boleh mengakibatkan masalah kulit yang teruk.

Nak tahu apakah masalah kulit yang boleh dihadapi ketika musim hujan menjelma? Jom semak di bawah;

Kudis 

5 penyakit kulit ini terjadi ketika musim hujan

Kulat atau scabies adalah satu keadaan di mana masalah kulit terjadi disebabkan oleh parasit. Ianya tidak berbahaya dan boleh disembuhkan dengan ubat khusus tetapi kudis boleh merebak secara langsung menerusi sentuhan fizikal.

Ruam 

5 penyakit kulit ini terjadi ketika musim hujan

Bukan sahaja boleh jadi pada waktu panas ye, ruam juga boleh terjadi ketika musim hujan. Untuk pengetahuan kamu, bila musim hujan kelembapannya akan menjadi tinggi dan menyebabkan peluh tersumbat.

Bila peluh tersumbat dalam liang pori badan, kulit akan mula merengsa dan menjadi bentuk ruam yang berbintik merah. Malah ruam tersebut akan menyebabkan kegatalan yang melampau.

Eczema 

5 penyakit kulit ini terjadi ketika musim hujan

Selain daripada faktor genetik dan alahan, eczema juga boleh berlaku disebabkan oleh musim hujan.

Info untuk kamu, kelembapan dan suhu semasa hari hujan boleh menyebabkan individu eczema mengalami kerengsaan yang teruk.

Dalam sesetengah situasi, eczema ketika hujan boleh menjadikan kulit kering, gatal dan bersisik. Jika teruk, kulit seseorang itu boleh menjadi bengkak dan sakit yang melampau.

Kutu Air 

5 penyakit kulit ini terjadi ketika musim hujan

Perasan tak bila kaki terendam lama dalam air, bahagian kaki terutamanya jari akan menjadi gatal-gatal dan merah? Kalau pernah alaminya, situasi itu terjadi disebabkan oleh kutu air.

Kutu air ini akan ‘muncul’ apabila kaki mengalami kelembapan yang terlalu tinggi, berpeluh, pakai kasut yang basah atau kasut yang tertutup tanpa pengudaraan yang baik. Malah mandi terlalu lama dalam kolam renang pun boleh alami jangkitan kutu air.

Jangkitan Kulat 

5 penyakit kulit ini terjadi ketika musim hujan

Tak kira masa dan musim sekalipun, jangkitan kulat boleh sahaja berlaku. Tetapi semasa musim hujan, jangkitan kulat sangat mudah terjadi.

Ini kerana tahap kelembapan yang tinggi menjadi main point untuk pertumbuhan kulat di badan seperti kaki, paha, rambut dan bahagian ketiak.

Sebab itulah bila sahaja terkena air hujan atau percikan air kotor dari lopak semasa musim hujan, mak-mak akan suruh mandi bersihkan diri dengan segera. Ini kerana risiko penyakit kulit di atas untuk terjadi sangatlah tinggi.

Sumber: Wanista

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}