Skip to main content

Advertisement

Berita

Lintas Sempadan Secara Haram Tetap Dilarang Walaupun Paras Sungai Golok Surut

Foto: Malaysia Gazette

Polis Kelantan memberi peringatan keras kepada orang ramai agar tidak menyeberangi sempadan Malaysia–Thailand tanpa kebenaran, termasuk dengan berjalan kaki melalui Sungai Golok yang kini cetek.

Advertisement

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, meskipun aktiviti seperti mandi di sungai tidak menjadi kesalahan, orang ramai tidak seharusnya mengambil peluang terhadap keadaan air yang surut untuk memasuki atau keluar dari negara ini secara tidak sah.

“Pihak polis percaya ada individu dari Malaysia dan Thailand yang cuba menggunakan keadaan Sungai Golok yang cetek untuk melintas sempadan dengan berjalan kaki, bukan hanya menaiki bot.

“Paras air yang rendah, sekitar bawah lutut, memudahkan pergerakan mereka merentasi sungai,” katanya kepada media.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan itu tetap melanggar undang-undang dan tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan oleh Pasukan Gerakan Am.

Menurutnya, mana-mana individu yang ditahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

“PGA mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang melintas sempadan secara haram dan kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini,” katanya.

Tambah beliau, kesalahan menggunakan laluan tidak sah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

THR GEGAR Permata Pantai Timur