Skip to main content

Advertisement

General

Jangan Sembur Minyak Wangi Sebelum Masuk Hutan, Renjer Dedah Sebab Yang Ramai Tak Tahu!

Gambar Hiasan

Ramai yang anggap masuk hutan cuma perlukan stamina, lampu suluh dan kasut yang sesuai. Tetapi bagi mereka yang biasa dengan aktiviti meredah hutan atau pernah mengikuti renjer berpengalaman, ada satu nasihat yang sering diulang iaitu jangan pakai minyak wangi ketika masuk hutan.

Advertisement

Kedengaran remeh, tetapi sebenarnya ada sebab yang cukup penting di sebalik larangan tersebut.

Dalam ekosistem hutan, deria bau memainkan peranan besar bagi haiwan liar untuk mengesan ancaman, mencari makanan dan mengenal persekitaran.

Menurut perkongsian pendaki berpengalaman, haiwan mangsa seperti rusa, kijang dan kancil biasanya akan menjauh apabila menghidu bau asing seperti minyak wangi atau pewangi badan kerana ia dianggap ancaman yang tidak biasa.

Namun lebih membimbangkan, haiwan pemangsa seperti harimau belang atau harimau kumbang pula boleh menjadi tertarik untuk mendekati kawasan tersebut kerana sifat ingin tahu terhadap bau yang ganjil di habitat mereka.

Walaupun tidak semestinya menyebabkan serangan, bau yang terlalu kuat boleh menarik perhatian haiwan liar tanpa disedari.

Satu lagi petanda yang sering disebut oleh renjer hutan ialah perubahan bunyi persekitaran.

Gambar Hiasan

Jika anda berada di dalam hutan dan tiba-tiba:

  • bunyi burung hilang,

  • serangga menjadi senyap,

  • suasana terasa terlalu sunyi,

itu boleh menjadi petanda ada pemangsa besar berada berhampiran.

Dalam dunia liar, haiwan kecil biasanya akan memberi tindak balas awal terhadap kehadiran pemangsa. Sebab itu suasana hutan yang tiba-tiba sunyi sering dianggap amaran semula jadi.

Seorang pendaki turut berkongsi pengalaman mendebarkan ketika mengikuti aktiviti meredah hutan pada waktu malam di sebuah hutan yang terletak di Rompin.

Sebelum memulakan perjalanan malam, renjer sudah mengingatkan kumpulan mereka tentang kehadiran harimau di kawasan tersebut. Menurut renjer, pemangsa besar kadangkala boleh dikesan melalui bau hamis atau hanyir yang kuat.

Malah ada yang menyebut tentang ‘ngauman batin’, situasi di mana seseorang tiba-tiba merasa tidak sedap hati, mata berair atau rasa takut tanpa sebab yang jelas apabila berada dekat dengan pemangsa.

Ketika renjer sedang berkongsi tips untuk bertahan di tengah laluan, suasana tiba-tiba berubah tegang. Semua renjer terus bersiap siaga.

Dalam keadaan samar, pendaki tersebut sempat terlihat satu figura gelap sedang memerhati dari kawasan semak. Pada masa sama, seorang renjer mula membaca doa dan cuba menghalau haiwan tersebut.

Gambar Hiasan

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi rumput bergeser perlahan sebelum makhluk itu beredar. Rupa-rupanya, figura yang dilihat itu dipercayai seekor harimau kumbang.

Kisah ini sememangnya kedengaran menakutkan dan wajar menjadi peringatan bahawa hutan ialah habitat haiwan liar, bukan taman rekreasi biasa.

Antara tips asas yang sering dikongsi renjer:

  • Elakkan memakai perfume atau pewangi kuat

  • Jangan bergerak bersendirian

  • Kurangkan bunyi bising melampau

  • Peka dengan perubahan bunyi alam

  • Sentiasa ikut arahan renjer atau guide

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur