
Foto: Tangkap layar video
Baru-baru ini, seorang lelaki berusia yang mempunyai masalah penglihatan mencuri perhatian apabila jelas menunjukkan keterujaan saat berpeluang menyentuh sebuah motosikal berkuasa tinggi di kawasan parkir.
Advertisement
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Syukri_Da, lelaki itu dilihat menghampiri motosikal berkenaan sambil ditemani seorang wanita dipercayai isterinya.
Detik tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila dia menggunakan kaki untuk meraba tayar belakang motosikal itu bagi membayangkan saiz serta kehebatannya.
Menurut individu yang berkongsi video tersebut, momen awal lelaki berkenaan menyentuh motosikal itu cukup mengundang sebak.
“Masa mula-mula dia pegang motosikal itu lagi sedih, sebab dia pegang tayar dengan tangan sambil duduk, saya faham macam mana perasaan dia masa itu,” katanya.
Tambahnya lagi, dia sebenarnya teringin membawa lelaki itu bersiar-siar sekiranya motosikal tersebut mempunyai tempat letak kaki di bahagian belakang.
“Kalau ada tempat letak kaki di bahagian belakang boleh saya bawa dia jalan-jalan tapi malangnya tiada,” ujarnya.
Difahamkan, pasangan warga emas tersebut mencari rezeki dengan menjual ais krim melalui sebuah kiosk yang terletak berdekatan sebuah bank di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
@syukri_da Semoga pakcik yg cacat penglihatan diberi kesihatan & dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #675sr #cfmoto #biker ♬ Sad Music - Nopa Sobarna
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata menitipkan doa buat kesejahteraan lelaki berkenaan selain berharap rezekinya dipermudahkan.
Seorang pengguna turut berkongsi pandangan mengenai tindakan lelaki itu meraba tayar menggunakan kaki.
“Nak tahu sebab apa pak cik itu gosok tayar belakang guna kaki? Sebab dia nak rasa tayar itu besar mana. Bila pak cik itu dapat rasa tayar besar, mesti dia cakap ‘mesti motosikal ni mahal’,” jelasnya.
Selain itu, ada juga yang melihat situasi tersebut sebagai satu peringatan untuk lebih mensyukuri nikmat kehidupan.
“Tuhan hadirkan mereka untuk mengingatkan kita betapa besarnya nikmat yang kita dapat, untuk kita sentiasa bersyukur,” kata seorang lagi pengguna.
Malah, terdapat juga yang mendoakan kesejahteraan lelaki tersebut di akhirat. “Saya doakan di syurga nanti pak cik boleh dapat semua yang dia mahukan,” ujar seorang netizen.
Sumber: TikTok @Syukri_Da