Skip to main content

Advertisement

Berita

Tidak Kira Gred! 14,000 Penjawat Awam Terengganu Terima RM500 Sempena Raya

Gambar Hiasan

Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, lebih 14,000 penjawat awam di Terengganu menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua kakitangan kerajaan negeri.

Advertisement

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan tersebut disalurkan sebagai usaha membantu penjawat awam membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Menurut beliau, pemberian bantuan itu diberikan secara sama rata kepada semua kakitangan kerajaan negeri tanpa mengira gred jawatan.

“Bantuan kewangan tersebut diberikan kepada semua kakitangan kerajaan tanpa mengikut gred. Semua menerima jumlah yang sama, iaitu sebanyak RM500,” katanya.

Langkah itu dilihat sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan komitmen penjawat awam yang terus berkhidmat memastikan kelancaran pentadbiran serta pembangunan negeri.

Selain itu, bantuan khas berkenaan juga diharap dapat meringankan beban kewangan penjawat awam, terutama dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri seperti membeli keperluan keluarga, pakaian raya serta persiapan pulang ke kampung.

Pengumuman tersebut pastinya memberi kelegaan kepada ribuan penjawat awam di Terengganu yang kini boleh menarik nafas lega dengan sedikit tambahan kewangan menjelang sambutan Hari Raya yang penuh bermakna.

Sumber: Astro Awani

THR GEGAR Permata Pantai Timur