
Foto: Kosmo
Tular di media sosial mengenai dakwaan tiga ekor gajah dari Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat akan dihantar ke sebuah zoo di Jepun, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai serta aktivis haiwan.
Advertisement
Perkongsian tersebut turut mengajak orang ramai menandatangani petisyen dalam talian yang mendesak agar pemindahan tiga gajah berkenaan dihentikan. Petisyen itu menyuarakan kebimbangan mengenai kebajikan haiwan terbabit sekiranya ditempatkan di zoo untuk tujuan pameran.
Difahamkan, ketiga-tiga gajah tersebut sebelum ini berada di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang. Menurut dakwaan yang tular, haiwan berkenaan dikatakan akan dipindahkan ke Tennoji Zoo yang terletak di Osaka, Jepun.
Perkara itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak di media sosial, dengan ramai menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan dan penjagaan haiwan sekiranya dipindahkan ke luar negara.
Malah, ada juga yang berpendapat gajah tersebut sepatutnya terus dipelihara di habitat asal atau kawasan perlindungan di negara ini berbanding ditempatkan di zoo.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan dakwaan mengenai pemindahan tiga gajah berkenaan ke Jepun.
Sementara itu, petisyen dalam talian yang tular itu terus menerima sokongan daripada pengguna internet yang berharap kebajikan haiwan berkenaan dapat dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Petisyen berkenaan boleh diakses di pautan berikut: