Skip to main content

Advertisement

General

Siapa Wes Anderson & Seni Beliau?

siapa wes anderson & seni beliau?

Tangkap layar daripada filem Moonrise Kingdom arahan Wes Anderson

BARU-baru ini, perasan atau tidak ketika menatal media sosial terutamanya di TikTok, pasti anda terlihat lebih daripada tiga video dengan kapsyen gaya Wes Anderson. Video-video yang dikongsi mengandungi klip-klip pendek merakamkan aktiviti dalam kehidupan seharian dan dicantumkan dalam satu video.

GEGAR Pun Join trend Wes Anderson ni 

 

Hampir kesemua video yang dikongsi oleh para pengguna dan pencipta kandungan kelihatan bersahaja dan estetik, bersesuaian dengan gaya Wes Anderson. Video-video ini juga diiringi muzik latar unik (whimsical), teks dengan font tersendiri, dilengkapkan dengan filter vintaj.

Hashtag #WesAnderson telah melonjak kepada 554.7 juta tontonan di TikTok menandakan ramai yang mengikuti dan tertarik dengan trend ini.

siapa wes anderson & seni beliau?

Wes Anderson. – GAMBAR WIKIPEDIA

Terdapat intipati luar biasa tertentu tentang gaya eksklusif Anderson yang seolah-olah membawa penonton mengembara ke era dan sudut pandangan dunia lain daripada yang lain. Keunikan gaya inilah yang membawa kepada popularitinya yang besar di internet sejak akhir-akhir ini.

Gaya estetik tersendiri Anderson dalam pembikinan filem dicirikan dengan pendekatan yang sangat bergaya dan idiosinkratik yang membezakannya daripada orang yang hidup pada zaman yang sama dengannya. 

Selain elemen dalam bentuk visual, filem Anderson juga signifikan dengan penggunaan muziknya. Kerjasamanya yang sudah terjalin lama dengan komposer Alexandre Desplat, sering menggunakan gabungan muzik asli, lagu pop dan karya klasik untuk mencipta runut bunyi yang eklektik dan emotif.

Jika anda baru mahu mula menonton filem yang dihasilkan oleh Wes Anderson, berikut ialah antara beberapa pilihan yang menarik.

  • The Grand Budapest 
  • The French Dispatch
  • Moonrise Kingdom

Gaya estetik tersendiri Wes Anderson dalam penggubahan filem mempunyai pengaruh yang mendalam kepada filem kontemporari dan memberi inspirasi kepada generasi baharu pencipta kandungan untuk menerima pendekatan yang lebih bergaya dan idiosinkratik untuk bercerita.

 

Advertisement

THR GEGAR Permata Pantai Timur