Skip to main content

Advertisement

General

Pakai topeng muka untuk menghadiri temuduga

pakai topeng muka untuk menghadiri temuduga

MEMILIKI rupa paras yang cantik adalah bonus dan tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dalam pemilihan pekerja di samping pencapaian akademik, kebolehan serta pengalaman kerja.

Advertisement

Sehubungan itu, sebuah syarikat di China telah membuat sesi temu duga yang pelik dengan mewajibkan pemohon pekerjaan memakai topeng muka penuh bagi mengelak memilih calon berdasarkan penampilan atau rupa mereka.

Tindakan syarikat tersebut menerima pujian warganet. Video adegan temu duga aneh itu tular di media sosial yang mana kelihatan calon temu duga memakai topeng muka penuh dan duduk diam mendengar penemuduga yang juga bertopeng.

Seorang wanita bernama Zeng merakam video itu yang berlokasi di Chengdu, wilayah Sichuan di barat daya China dan menyiarkannya di akaun media sosialnya iaitu Douyinnya.

“Temuduga ini kelihatan sengat pelik, tetapi ia memberi manfaat kepada orang yang mempunyai masalah fobia sosial.

“Syarikat itu meminta calon temu duga mengambil topeng kosong dan melukisnya dengan bebas,” kata Zeng.

Yang menambah pelik, syarikat tersebut mengarahkan seorang kakitangan memotong dan mengagihkan tebu kepada calon pemohon pekerjaan.

pakai topeng muka untuk menghadiri temuduga

TUJUAN pemakaian topeng muka penuh itu bagi mengelakkan penemu duga memilih calon berdasarkan penampilan atau rupa mereka.- GAMBAR OLEH BAIDU

Dalam pada itu, syarikat Chengdu Ant Logistics mengakui bahawa video itu diambil semasa karnival pengambilan pekerjaan yang dilakukan dua kali setahun.

Antara jawatan yang ditawarkan termasuklah pengendali media baharu, penyiar strim langsung dan penganalisis data.

“Ini adalah kesaksamaan, paras rupa yang cantik atau kacak tidak sepatutnya diambil kira.

“Sebagai seorang yang fobia sosial, saya sangat menikmati temu duga kerja sebegitu,” komen salah seorang warganet.

THR GEGAR Permata Pantai Timur