Skip to main content

Advertisement

General

5 Maut Dirempuh Trak Di Majlis Pengebumian

5 maut dirempuh trak di majlis pengebumian

Sebuah trak hilang kawalan dan merempuh majlis pengebumian sehingga mengakibatkan lima maut manakala 25 lagi cedera.

Advertisement

5 maut dirempuh trak di majlis pengebumian

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan United News of India, kejadian yang berlaku di Kahramanmaras, Turkiye pada Sabtu lalu itu berpunca selepas brek trak itu gagal berfungsi sebelum meluncur ke jalan yang menghadap ke tanah perkuburan.

Akibat rempuhan tersebut, puluhan individu yang berada di majlis pengebumian itu mengalami kecederaan manakala lima disahkan maut.

Ketika ini, terdapat lima mangsa maut, manakala 25 lagi cedera.

Difahamkan juga, trak tersebut terbalik dan menimpa sebuah kereta yang berada di tepi jalan di lokasi kejadian.

Sumber: United News of India

THR GEGAR Permata Pantai Timur