Skip to main content

Advertisement

SUKAN| The Pocket Rocketman pelumba terbaik beraksi di LA 2028!

Datuk Amarjit Singh Gill yakin Datuk Azizulhasni Awang masih pelumba terbaik untuk mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028. 

 

Menurut Presiden PKBM itu, prestasi semasa The Pocket Rocket Man itu membuktikan beliau masih berdaya saing walaupun berusia dan pernah menjalani pembedahan jantung.

 

Terdahulu, Datuk Azizulhasi cipta sensasi apabila menjuarai acara keirin lelaki dan meraih pingat gangsa bagi acara pecut pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026. 

__

 

Skuad badminton lelaki negara akan meneruskan cabaran pada aksi kedua kumpulan Piala Thomas berdepan Finland hari ini.

 

Manakala, skuad wanita kebangsaan akan bertemu Jepun untuk menentukan juara kumpulan B Piala Uber.

 

Saksikan saingan Piala Uber secara langsung sekarang di Astro, saluran 816 dan aplikasi Sooka.

__

 

Dan, penyerang Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsudin sah terlepas baki saingan musim ini.

 

Ia susulan Luqman alami kecederaan ketika catat seri 2-2 dengan Terengganu pada aksi Liga Super, kelmarin sekali gus memaksanya berehat panjang.

THR GEGAR Permata Pantai Timur