Skip to main content

Advertisement

SUKAN| JDT hampir dikejutkan oleh Melaka!

JDT tundukkan Melaka 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

 

Skuad Xisco Munoz berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-44 menerusi pemain gantian Ager Aketxe.

 

Marcos Guilherme menambah jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama bagi memastikan skuad Harimau Selatan raih tiga mata penuh.

__

 

PSG benam Bayern Munich 5-4 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

 

Aksi itu sekali gus menjadi perlawanan dengan jaringan terbanyak dalam sejarah pertandingan berkenaan.

 

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi timbal balik minggu depan, dengan pemenang akan berdepan Arsenal atau Atletico Madrid pada aksi final.

__

 

Dan, FIFA dijangka pinda peraturan baharu musim ini dengan kad merah boleh dilayangkan terhadap pemain yang menutup mulut ketika bercakap dengan pasukan lawan.

 

Ia susulan kes seorang pemain Benfica dituduh tutup mulutnya sambil lontarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap pemain Real Madrid, Vinicius Jr, pada aksi Liga Juara-Juara, Februari lalu.

THR GEGAR Permata Pantai Timur