Skip to main content
BERITA| Yang di-Pertuan Agong Perkenan Darurat Di Serian, Sarawak

 

BERITA| Yang di-Pertuan Agong Perkenan Darurat Di Serian, Sarawak

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Serian, Sarawak. 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, keputusan itu dibuat susulan jerebu di Serian yang telah capai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. 

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas gesa penduduk yang terjejas supaya patuhi pengisytiharan darurat termasuk pakai pelitup muka.

Ketika ini Serian, Sarawak merekodkan bacaan IPU melebihi 500. 

Kuching pula catat IPU lebih 300 juga pada tahap bahaya.

Samarahan dan Sri Aman merekodkan IPU sangat tidak sihat manakala 14 lagi kawasan catat IPU tidak sihat melibatkan Sarawak, Sabah dan Johor.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur