Skip to main content
BERITA| Waspada Taktik Penipuan Guna AI Kutip Derma Palsu

 

BERITA| Waspada Taktik Penipuan Guna AI Kutip Derma Palsu

Orang ramai diingatkan waspada terhadap taktik penipuan terbaru guna AI yang memanipulasi situasi sedih bagi meraih simpati untuk kutipan derma palsu.  

Timbalan Menteri Komunikasi berkata walaupun masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap prihatin, namun amalan murni tersebut kerap dieksploitasi oleh pihak yang berniat jahat.  

Susulan itu, pengguna media sosial perlu tingkatkan celik digital dan semak sebelum beri sumbangan agar keprihatinan mereka tidak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.  

Tambah beliau, MCMC sentiasa pandang serius isu berkenaan dan tidak teragak-agak ambil tindakan tegas termasuk menurunkan hantaran berunsur penipuan jika terima aduan. 

THR GEGAR Permata Pantai Timur