Skip to main content
BERITA| Tahanan Rumah Najib Bukan Hukuman Dua Darjat – Saifuddin

 

Datuk Seri Najib Tun Razak tertakluk kepada pelbagai syarat dan sekatan ketat sepanjang jalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia merangkumi empat perkara yang dikepilkan bersama-sama Perintah Pengampunan Bersyarat Lembaga Pengampunan, selain syarat kawalan tambahan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

 

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu dibenarkan tinggal bersama ahli keluarga terdekat iaitu isteri, anak-anak, menantu dan cucu, manakala sebarang tetamu luar perlu kebenaran bertulis.

 

Datuk Seri Saifuddin memaklumkan sebarang pelanggaran syarat akan menyebabkan Datuk Seri Najib dihantar pulang ke penjara dengan serta-merta. 

 

Mengulas lanjut, kerangka syarat tahanan rumah itu bukan sahaja dirangka bagi kes berkenaan, malah boleh menjadi rujukan bagi kes seumpamanya pada masa hadapan.

 

Dalam pada itu, Datuk Seri Saifuddin menegaskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan layanan dua darjat.

 

Jelas beliau, ia sebaliknya dibuat berdasarkan keputusan Lembaga Pengampunan dan lunas undang-undang.

 

Datuk Seri Najib kini jalani baki hukuman kes SRC International di rumahnya di Langgak Duta.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur