Skip to main content
BERITA| SPM Bertulis Bermula Hari Ini: Fadhlina Nasihatkan Calon Bertenang

 

Menteri Pendidikan mengingatkan calon SPM 2026 supaya tidak terlalu menekan diri dan hadapi peperiksaan bertulis yang bermula hari ini dengan tenang. 

 

Ujar Datuk Seri Fadhlina Sidek, calon perlu yakin dengan segala usaha yang telah dilakukan sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu. 

 

Beliau turut menyeru ibu bapa dan guru supaya terus memberikan semangat serta menitipkan doa buat calon.

 

Hampir 421,000 calon SPM akan menduduki peperiksaan bertulis di lebih 3,300 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 17 Disember.

 

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur