Skip to main content
BERITA| PM Nafi Berlembut Dalam Selesaikan Isu Jerebu Rentas Sempadan

 

BERITA| PM Nafi Berlembut Dalam Selesaikan Isu Jerebu Rentas Sempadan

Perdana Menteri nafi dakwaan kononnya kerajaan berlembut dalam menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan dari Indonesia yang dilihat semakin membimbangkan. 

Sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah melakukan sedaya mungkin bagi tangani perkara tersebut. 

Dalam pada itu, Menteri Luar jelaskan Malaysia akan terus gunakan saluran diplomatik dan mekanisme ASEAN bagi tangani isu jerebu rentas sempadan dengan Indonesia secara berperingkat. 

Menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, ia dengan mengutamakan kepentingan dan kesihatan rakyat tanpa menjejaskan hubungan dua hala.

Sementara itu, Indonesia meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran bagi bantu tangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas. 

Menteri Luarnya berkata perbincangan teknikal sedang dijalankan namun tidak menyatakan negara yang terbabit atau jenis bantuan yang sedang dipertimbangkan. 

Antara negara yang menyatakan kesediaan untuk membantu Indonesia sebelum ini termasuklah Malaysia dan Singapura.

THR GEGAR Permata Pantai Timur