Kerajaan mengarahkan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh dan Sungai Damansara dipercepatkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ini susulan kejadian banjir berulang yang menjejaskan penduduk di kawasan yang terlibat.
Tambah beliau, projek yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan itu perlu digerakkan tanpa sebarang kelewatan bagi meminimumkan risiko bencana di kawasan itu.
.....
Kerajaan akan meneliti pelaksanaan dasar pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam terdahulu yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
Kementerian Kewangan berkata penelitian itu akan mengambil kira aspek keadilan kepada peminjam, selain memastikan dasar pembiayaan pendidikan negara kekal mampan.
.....
48 NGO cadang 8 reformasi utama dalam perjanjian antara kerajaan dan pembangkang bagi menyelesaikan agenda pembaharuan institusi sebelum tamat penggal Parlimen ke-15.
Antara reformasi dicadangkan ialah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dan memastikan peruntukan pembangunan kawasan diagihkan secara adil.
.....
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung insiden mengganggu pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.
Terdahulu, tular video pergaduhan antara seorang wanita dan seorang lelaki selepas wanita terbabit dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah.
.....
Dan JAIS berkata premis penyembelihan ayam di Puchong yang disyaki tidak mematuhi hukum syarak dan diserbu Jumaat lalu, dipercayai dikendalikan lebih daripada satu syarikat atau entiti.