Skip to main content
BERITA| MCMC kaji kawal selia permainan dalam talian bagi lindungi kanak-kanak - Fahmi

 

MCMC teliti keperluan langkah kawal selia tambahan terhadap permainan dalam talian bagi perkukuh perlindungan pengguna, khususnya kanak-kanak daripada risiko keselamatan digital.

 

Menteri Komunikasi berkata ia turut mengambil kira pendekatan dan amalan antarabangsa bagi mengenal pasti langkah perlindungan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia.

 

Tambah Datuk Seri Fahmi Fadzil, kerajaan turut beri penekanan kepada pendidikan dan kesedaran ibu bapa mengenai pengaktifan fungsi kawalan ibu bapa pada peranti serta perkhidmatan dalam talian.

 

Usaha itu dilaksanakan menerusi Kempen Internet Selamat, termasuk Konvensyen Ibu Bapa dan Guru serta Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di seluruh negara.

 

Jelasnya, kempen yang diperuntukkan RM58.7 juta menerusi Belanjawan 2027 itu turut merangkumi program pendidikan serta advokasi kepada ibu bapa, penjaga, guru dan komuniti.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur