Skip to main content
BERITA| KDN Perketat Kawalan Di Pangkalan Pasukan Keselamatan

 

Kementerian Dalam Negeri teliti untuk perketat kawalan di pangkalan pasukan keselamatan susulan penemuan dadah 96 kilogram di pangkalan TUDM, baru-baru ini.

 

Menterinya berkata KDN dan Kementerian Pengangkutan telah tingkatkan dan perketat langkah keselamatan di pintu keluar masuk negara, khususnya KLIA.

 

Antaranya termasuk pemeriksaan 100 peratus terhadap destinasi yang dianggap popular sebagai lokasi penyeludup, serta pemeriksaan terhadap bagasi dan penumpang.

 

Tambahnya, perkara itu juga dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat ini untuk dibincangkan.

 

Terdahulu, 11 individu termasuk lima pegawai TUDM ditahan bagi bantu siasatan sindiket pengedaran dadah dipercayai guna kemudahan pengangkutan udara TUDM ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.

 

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur