Malaysia mahu rundingan operasi dengan Indonesia disegerakan bagi membolehkan pasukan negara dihantar bantu padam kebakaran hutan di negara itu yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.
Menteri Luar berkata, persetujuan Presiden Indonesia terhadap tawaran bantuan Malaysia sudah diperoleh, namun kaedah operasi dan lokasi pasukan Malaysia masih dalam rundingan.
Hampir 40 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini melibatkan Johor, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya, Melaka, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.