Skip to main content
BERITA| JENDELA diubah suai, sasaran 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk – Fahmi

 

Pelaksanaan Inisiatif Jalinan Digital Negara, JENDELA sedang diubah suai dalam usaha capai sasaran 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk.

 

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pengubahsuaian strategi itu disokong peruntukan RM5 bilion bagi tempoh beberapa tahun bagi memastikan kawasan pedalaman yang sukar diakses tidak lagi tercicir.

 

Dalam pada itu, beliau berkata sektor ekonomi kreatif atau ekonomi jingga mempunyai potensi luar biasa untuk muncul sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

 

Ini susulan sumbangan sektor itu dilapor menjana 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sekali gus membuktikan keupayaan besarnya sebagai aset ekonomi berdaya maju tinggi khususnya dalam sektor animasi, permainan dalam talian dan perfileman.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur