Skip to main content
BERITA| Jangan Main Isu Logo Halal – KPDN

KPDN memperketat pemantauan penggunaan logo halal termasuk dalam kalangan pembekal bagi mencegah penyalahgunaan.

Pihaknya berkata tindakan boleh diambil terhadap peniaga atau syarikat yang didapati guna logo halal palsu, tidak sah atau yang telah tamat tempoh.

KPDN turut beri jaminan pemantauan berkala terus dilaksanakan bagi memastikan pematuhan peraturan halal susulan isu premis sembelihan ayam yang tidak mematuhi syarak baru-baru ini.

.....

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mempergiat pemantauan dan langkah mitigasi bagi menjamin bekalan air susulan fenomena El Nino yang diramal sehingga Januari depan.

Pihaknya memaklumkan langkah proaktif dilaksanakan berdasarkan analisis data dan penilaian risiko terhadap sistem pengagihan bekalan air di seluruh negara secara berterusan.

.....

Kerajaan meningkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara daripada rendah kepada sederhana sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa.

Menurut Majlis Keselamatan Negara, langkah itu bertujuan memastikan perkhidmatan penting negara terus dilindungi daripada sebarang kemungkinan gangguan keselamatan siber.

.....

SPR memberitahu tiada keperluan mengisi kekosongan luar jangka kerusi DUN Mata Ayer di Perlis susulan kematian penyandangnya, Wan Badariah Wan Saad.

.....

Perdana Menteri memaklumkan pembayaran bantuan STR Fasa Ke-4 sudah mula dikreditkan kepada penerima sempena Deepavali.

.....

Dan kira-kira 1,000 penduduk kini berlindung di PPS di Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor serta Gua Musang Kelantan akibat banjir.

THR GEGAR Permata Pantai Timur