Skip to main content
BERITA| Ismail Lasim Letak Jawatan, BN Akan Kemuka Calon MB Negeri Sembilan Baharu

 

Datuk Ismail Lasim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.  
 
Surat peletakan jawatan itu telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam.  
 
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut terima salinan surat itu dan akan mengemukakan calon Menteri Besar baru untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz.

 

Ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, langkah itu akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

 

Beliau juga memaklumkan, BN menghormati keputusan Datuk Ismail dan merakamkan penghargaan atas khidmat baktinya sepanjang menjawat jawatan MB Negeri Sembilan.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur