
BERITA| Elaun Buat Sukarelawan Banjir JKM Bermula Tahun Depan
Berita baik buat sukarelawan JKM yang membantu ketika banjir kerana mereka akan terima elaun mulai tahun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia diharap dapat tingkatkan motivasi, kebajikan dan kesejahteraan sukarelawan.
Keputusan itu adalah pengiktirafan terhadap pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan oleh sukarelawan yang ada masanya terpaksa meninggalkan urusan peribadi serta keluarga bagi membantu mangsa bencana.
Bagaimanapun jelas beliau, pemberian elaun berkenaan tertakluk kepada syarat dan kriteria ditetapkan.