
BERITA| Amaran Banjir Dikeluarkan Di Sepang, Kuala Langat dan Gombak
Penduduk Sepang, Kuala Langat dan Gombak di Selangor khususnya di kawasan rendah diminta waspada susulan amaran banjir yang dijangka bermula hari ini hingga Sabtu.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara JPS berkata ia susulan keadaan paras air sungai yang berpotensi meningkat.
Jelasnya, banjir mungkin berlaku di kawasan dalam lingkungan 5 kilometer sekitar lembangan sungai di ketiga-tiga daerah berkenaan.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka kini sekitar 2,100 orang.