
BERITA| AGC Tangguh Sementara Tahanan Rumah Datuk Seri Najib Tun Razak
Jabatan Peguam Negara, AGC tangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada 18 September lalu.
Terdahulu, Datuk Seri Najib selesai menjelaskan denda RM50 juta dalam kes penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi KL.
Pembayaran itu antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong yang membolehkan Datuk Seri Najib jalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tegaskan pendiriannya untuk letak jawatan pada hari Datuk Seri Najib Tun Razak mula jalani tahanan di rumah.