Skip to main content
BERITA| 12 Waktu Pengajaran Bahasa Melayu, Cina & Tamil Kekal Pada 2027 - KPM

12 waktu pengajaran seminggu bagi Bahasa Melayu, Cina dan Tamil dikekalkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

KPM menegaskan keputusan itu terpakai kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi memastikan waktu pengajaran bahasa dikekalkan.

Tambahnya, penguasaan bahasa dan keperluan pembelajaran murid di semua aliran sekolah kekal menjadi keutamaan dalam pembaharuan kurikulum negara.

.....

Dalam perkembangan lain, persiapan bagi kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun pada sesi persekolahan 2027 di seluruh negara berjalan dengan lancar.

KPM memaklumkan pihaknya bersedia melaksanakan perkara terbabit dan telah menerima lebih 73,000 permohonan bagi kemasukan murid berkenaan.

.....

PDRM mempertingkat kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan ancaman keselamatan siber susulan konflik antarabangsa yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan negara.

Ketua Polis Negara berkata situasi keselamatan di luar negara itu perlu perhatian serius terhadap kemungkinan ancaman siber yang boleh berlaku dalam keadaan tidak menentu.

.....

Dalam pada itu, polis Melaka menahan 13 warga asing dalam serbuan sindiket penipuan cinta dan mata wang kripto tidak wujud baru-baru ini.

.....

Kira-kira 1,000 mangsa banjir direkodkan di Shah Alam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor manakala kira-kira 6 mangsa dicatatkan di Sik, Kedah.

.....

Dan orang ramai khususnya penduduk Klang diminta waspada dan bersedia menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama lima hari bermula esok.

THR GEGAR Permata Pantai Timur