Kontinjen Malaysia lepasi sasaran 6 pingat emas pada Sukan Para Asia!
Ini selepas atlet lompat jauh para negara, Wong Kar Gee menjuarai acara lompat jauh lelaki, T12 sekali gus raih emas pertamanya pada temasya berkenaan.
Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan atlet kelahiran Kota Kinabalu itu berjaya perbaiki pencapaiannya pada edisi 2018 apabila rangkul perak dalam acara sama.