Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan tetap positif biarpun anak buahnya tewas 2-4 kepada Australia pada saingan Piala Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Ini kerana Brendon Carolan menegaskan perlawanan itu menjadi persiapan terbaik buat Speedy Tigers untuk hadapi cabaran Pakistan esok.
Menjelang aksi penting itu, beliau tuntut anak buahnya perkemas pertahanan, susulan keupayaan Pakistan lancar serangan balas pantas.
Malaysia kini menghuni tangga kedua dengan sembilan mata selepas empat perlawanan, berkongsi mata dengan Pakistan di tangga ketiga, namun miliki kelebihan dari segi perbezaan gol.