TERMA-TERMA ASAS (PERADUAN)
Terma-Terma Asas dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Lazim (yang terdapat di https://astroradio.com.my/legal-terms) ini (secara kolektif, "Terma dan Syarat") akan mengikat semua Peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Definisi-definisi dalam Term dan Syarat akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-Terma Asas.
Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-Terma dan Syarat-Syarat Lazim dan Terma-Terma Asas, Terma-Terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut. Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma dan Syarat secara tanpa syarat oleh para Peserta. Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta bersetuju kepada Notis Privasi yang didapati di https://media2.fishtank.my/media/astroradio/assets/legal-privacy-terms/privacy-notice-customers-2024.pdf
Pusingan 1: Penyertaan ( 18 october 2026 – 20 November 2026) Social Media
Peserta perlu memuat naik video bercakap seperti penyampai radio di Instagram ,TikTok & Facebookn dengan hastag #SuaraTHRGegar dan tag @THRgegar dalam kapsyen.
Seorang Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, Bagaimanapun, seorang Peserta hanya boleh menang sekali dalam Pertandingan ini. Mana-mana kemenangan seterusnya akan diisytiharkan tidak sah secara automatik.
Pusingan 2: Penyertaan Disenarai Pendek
Dua Puluh (20) Peserta yang disenarai pendek oleh pihak Penganjur akan diumumkan di laman Instagram THR Gegar dan orang awam akan mengundi untuk keperingkat seterusnya. .
Ujibakat On-Ground
Peserta perlu hadir ke Lokasi ujibakat yang penganjur akan tetapkan dan mengisi butiran pada borang yang telah disediakan.
Lokasi ujibakat akan diberitahu penganjur tertakluk pada pengumuman di hantaran milik social media THR GEGAR.
Ujibakat dibuat secara langsung dan akan dijurikan oleh juri pilihan pihak penganjur.
Jika memenuhi kriteria dengan markah tertinggi, peserta akan dipilih ke pusingan setersunya tertakluk pada ketetapan dan keputusan penganjur.
Dua belas (12) peserta terbaik yang mendapat undian tertinggi akan dipilih ke pusingan yang seterusnya .
Pusingan 3: Cabaran
Dua Belas (12) Peserta yang terpilih akan diberikan cabaran secara berperingkat oleh pihak Penganjur selama lima hari dari 15 November 2026 hingga 19 November 2026.
Peserta perlu menghadirkan diri ke lokasi acara cabaran seperti yang diminta oleh pihak Penganjur.
Peserta yang gagal menghadirkan diri ke lokasi acara cabaran dikira tersingkir secara automatik.
Setiap cabaran akan diberikan markah. Lima (5) Peserta dengan jumlah markah tertinggi untuk semua cabaran akan maju ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 20 November 2026 di lokasi dan masa yang akan ditetapkan kemudian
Pusingan 4: Finale
Lima (5) peserta yang terpilih ke pusingan finale akan diberikan dua (2) tugasan utama oleh pihak Penganjur.
Peserta yang gagal menghadirkan diri ke Lokasi acara finale dikira tersingkir secara automatic.
Peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan.
Di acara finale, Peserta perlu menyelesaikan cabaran dan tugasan kepada pihak juri berserta sesi soal jawab bersama juri.
Satu (1) Peserta terbaik dengan total markah tertinggi daripada panel hakim akan diumumkan sebagai pemenang untuk menjadi penyampai radio THR Gegar.
Peserta mesti mematuhi mekanisme Peraduan seperti yang diubah, dipinda atau diberitahu oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur berhak untuk meminta Peserta mengemukakan Kad Pengenalan asal atau dokumen/bahan sokongan lain yang asal untuk tujuan pengesahan.
Tempoh Peraduan 18 October 2026 – 20 November 2026