Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Teruja Dipanggil Temujanji Vaksin, Warga Emas Berusia 120 Tahun Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Beliau ditemani anak serta cucunya di Pusat Pemberian Vaksin Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian
nura
10 Jun 2021, 06:57 PM

Wanita yang berusia lebih satu abad meluahkan perasaan teruja apabila dipanggil untuk temujanji suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

teruja dipanggil temujanji vaksin, warga emas berusia 120 tahun terima vaksin covid-19

 

"Saya teruja apabila dipanggil untuk temujanji suntikan vaksin hari ini, Alhamdulillah ia selesai sekejap sahaja," kata Siti Liah Mamat.

Siti Liah Mamat yang berusia lebih satu abad dibawa ke PPSV dengan menaiki kenderaan Hospital USM sambil ditemani anak serta cucunya.

Memandangkan keadaan pandemik Covid-19 ketika ini semakin membimbangkan, beliau turut menasihati mereka yang belum menerima suntikan vaksin perlu segera mendaftar dan tidak perlu takut untuk mendapatkan vaksin sebagai pelindung diri.

teruja dipanggil temujanji vaksin, warga emas berusia 120 tahun terima vaksin covid-19

teruja dipanggil temujanji vaksin, warga emas berusia 120 tahun terima vaksin covid-19

"Saya sendiri menyuruh cucu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera kerana menyedari betapa pentingnya suntikan ini apatah lagi saya sudah lanjut usia dan mudah terdedah kepada risiko.

"Saya tidak sangka dapat suntikan vaksin dalam tempoh singkat dan semuanya berjalan lancar.

"Saya berharap orang ramai terutama golongan warga emas seperti saya tidak meletakkan pandangan negatif mengenai suntikan vaksin kerana ia akan menjejaskan pendirian seseorang untuk mendapatkan suntikan ini," katanya.

Walaupun sudah berusia melebihi satu abad, Siti Liah Mamat masih dikurniakan kesihatan yang baik. Beliau memiliki pendengaran yang baik dan daya penglihatan yang jelas tanpa pemakaian kaca mata.

Apabila ditanya mengenai petua penjagaan diri, ibu kepada 12 anak, 48 cucu serta 44 cicit ini berkata antara rahsia yang diamalkan adalah bersedekah dan minum air putih.

teruja dipanggil temujanji vaksin, warga emas berusia 120 tahun terima vaksin covid-19

Sementara itu, Pegawai Perubatan Hospital USM Dr Shahrizal Mustaffa berkata, fasa kedua yang mendapatkan suntikan itu adalah golongan berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit.

"Disebabkan itulah, Hospital USM dipilih sebagai PPV khas yang mengutamakan pesakit berisiko datang mendapatkan suntikan vaksin.

"Kami sangat teruja hari ini apabila PPV menerima warga emas berusia 120 tahun yang mendapatkan suntikan vaksin," katanya.

Sumber: HM

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}