Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Hampir 500 Rumah Terjejas Di Terengganu Akibat Ribut Setengah Jam

Bantuan awal akan disalurkan oleh JKM mengikut keperluan mangsa
nura
07 Jul 2021, 04:56 PM

Hujan lebat serta angin kencang yang melanda kira-kira setengah jam pada petang Selasa menyebabkan hampir 500 buah kediaman di lima daerah di Terengganu terjejas.

hampir 500 rumah terjejas di terengganu akibat ribut setengah jam

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu melibatkan lima daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Marang kata Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat.

"Berdasarkan maklumat awal, ribut kuat melanda beberapa kawasan menyebabkan 81 buah kediaman di Perumahan Padang Setengge di Kuala Berang dalam daerah Hulu Terengganu terjejas membabitkan seramai 268 mangsa.

"Selain itu, terdapat juga kediaman terjejas melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, Wakaf Mempelam, Ladang, Bukit Payong, Batu Buruk dan Manir di daerah Kuala Terengganu.

"Terdapat juga kediaman dilanda ribut di daerah Dungun, Kuala Nerus dan Marang. Setakat ini hanya daerah Besut, Kemaman dan Setiu terselamat daripada bencana ribut namun difahamkan terdapat juga beberapa kediaman yang turut terjejas dan kita akan teliti," katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini anggaran keseluruhan kerugian melibatkan kawasan yang dilanda bencana itu masih dalam siasatan dan dijangka diketahui pada Khamis.

Namun, beliau berkata dia telah membentangkan perkara itu di dalam Mesyuarat Mingguan Exco pada Rabu.

"Saya telah maklumkan dalam Mesyuarat Mingguan Exco bahawa bantuan segera akan disalurkan sebaik selesai siasatan dan laporan dibuat berhubung angka kerugian dan jumlah mereka yang terkesan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Bagaimanapun, bantuan awal juga akan disalurkan oleh JKM mengikut keperluan mangsa," katanya.

Hanafiah berkata, beliau telah meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Penyelaras DUN terlibat supaya memulakan dahulu kerja-kerja membaiki kediaman yang terjejas secepat mungkin.

"Saya difahamkan kerja-kerja membaik pulih kediaman yang rosak telah dimulakan sejak pagi tadi dan pihak JKM juga akan menyalurkan bantuan awal mengikut keperluan mangsa," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}