Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Masuk Bangunan Rasa Tak Sihat, Bila Keluar Segar? Boleh Jadi Anda Hidap SBS

Bila dah keluar dari situ terus sihat pula. Pernah jadi tak?
Editor
08 Nov 2020, 07:00 AM

Pernahkah anda mengalami keadaan bila mana anda merasa tidak selesa termasuk pening, pedih mata, lesu, sesak nafas dan kulit menjadi gatal apabila anda berada dalam sesebuah bangunan seperti pejabat, sedangkan ketika itu anda tidak pula alami apa-apa penyakit? Namun anda akan kembali sihat selepas beredar keluar daripada bangunan itu. Pernah tak anda alami situasi ini?

masuk pejabat rasa tak sihat, bila keluar terus segar? boleh jadi anda hidap sbs

Jika YA, besar kemungkinan anda mengalami Sick Building Syndrome (SBS).

SBS merupakan keadaan yang mana individu dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

masuk pejabat rasa tak sihat, bila keluar terus segar? boleh jadi anda hidap sbs

Kajian menunjukkan Poor Indoor Environment Quality (IEQ) adalah penyumbang kepada SBS. Antara lain, SBS boleh berlaku apabila:

1. Bahan binaan bangunan yang tercemar dengan kehadiran microorganisma.

2. Sanitasi yang buruk.

3. Ozon yang dihasilkan daripada mesin fotostat, pelarut organik dan juga formaldehyde di udara.

3. Sistem penyaman udara yang tidak diselenggara dengan sempurna.

4. Pengudaraan yang tidak baik menyebabkan karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya terkumpul dalam bangunan.

5. Kulapuk, bakteria, kulat dan dust mites dalam bangunan.

Tanda-tanda mereka yang mengalami SBS boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

Kumpulan A :

Sakit kepala

Kelesuan

Loya

Pening

Kumpulan B :

Sesak hidung

Pembengkakan

Gatal atau iritasi  (mata, hidung, tekak)

Simptom sublklinikal (sakit kepala, lesu, nausea)

Kumpulan C:

Batuk

Nafas pendek

Demam menggigil dan/atau lesu selepas memasuki bangunan tersebut

Diagnosed infection

Bagi mengelakkan ia daripada berlaku, penyelenggaraan bangunan dan persekitaran dalaman adalah perlu diadakan dengan berkala. Elakkan daripada mengguna peralatan dalam bangunan yang mempunyai toksik, selain pembersihan yang kerap perlu dibuat bagi mengawal habuk dan kotoran dalaman.

masuk pejabat rasa tak sihat, bila keluar terus segar? boleh jadi anda hidap sbs

Elakkan juga daripada pembiakan kulat berlaku dalam bangunan dengan mengawal kebocoran air serta memastikan tiada kawasan bangunan yang lembap dan basah. Pemasangan pembersih dan penapis udara adalah cara yang berkesan bagi memastikan udara dalam bangunan sihat untuk sesiapa yang berada di dalamnya.

Sumber: MyHealth

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}