Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

“Jangan Mudah Percaya Berita Palsu,” Pengusaha Bot Penambang Tekad Ambil Vaksin COVID-19

Beliau beranikan diri terima suntikan vaksin demi mengekang penularan wabak COVID-19.
nura
15 Jun 2021, 04:49 PM

Sudah dua tahun negara kita berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menjadi punca pendapatan terjejas teruk. Oleh itu, seorang pengusaha bot penambang nekad mendapatkan suntikan vaksin sebagai usaha menghentikan penularan wabak tersebut.

“jangan mudah percaya berita palsu,” pengusaha bot penambang tekad ambil vaksin covid-19

Hasrat di hati ingin melihat Terengganu kembali meriah dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara, Razali Abdul Ghani, 71, mengenepikan perasaan takut ekoran pelbagai persepsi negatif mengenai vaksin yang didengarinya dan membuat keputusan untuk mengambil suntikan tersebut.

“Mula-mula takut juga sebab ada orang cerita macam-macam pasal vaksin. Tetapi selepas pakcik sendiri menerima suntikan tanpa mengalami kesan sampingan yang teruk, jadi apa yang pakcik fikir mengenai vaksin kini telah berubah. Kita jangan lekas percaya dengan berita-berita palsu mengenai vaksin.

“Pakcik pun nasihatkan mereka di luar sana terutama yang bekerja seperti pakcik, supaya segera mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin, kerana kerja kami ini berhadapan dengan ramai orang dan pelancong yang akan datang dari pelbagai tempat, jadi kami perlu ada perlindungan diri, iaitu vaksin,” katanya.

“jangan mudah percaya berita palsu,” pengusaha bot penambang tekad ambil vaksin covid-19

Beliau merupakan seorang pengusaha bot penambang sejak 1969 telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera pada April lalu dan telah mendapatkan suntikan pertama pada 2 Jun serta dijadual mendapat suntikan kedua pada 23 Jun.

Tambah beliau, suntikan vaksin yang diambilnya itu dianggap sebagai sumbangan kecil yang boleh dilakukan olehnya dalam membantu mengekang penularan wabak tersebut di Malaysia dan ingin kehidupannya kembali seperti sedia kala.

“Selalunya petang-petang begini pakcik akan sibuk membawa penumpang yang kebanyakannya pelancong yang ingin merasai pengalaman menyusuri Sungai Terengganu. Pendapatan pun agak banyak iaitu antara RM60 dan RM70 sehari.

“Tetapi sekarang ini sangat sunyi. Penumpang yang ada hanya penduduk sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Itu pun tidak ramai. Kalau sehari boleh dapat dalam RM10 hingga RM20 pun sudah cukup bersyukur,” katanya.

Selain itu, penarik beca selama 40 tahun, Abdullah Mohamad, 66, mengakui dirinya tidak sabar untuk mendapatkan suntikan vaksin setelah mendengar pengalaman rakan-rakannya yang telah disuntik walaupun dirinya masih belum didaftar sebagai penerima vaksin kerana kurang arif menggunakan telefon pintar.

“Ramai juga pengayuh beca di sini yang belum daftar kerana kami tidak tahu bagaimana. Harap dalam masa terdekat ini ada yang membantu kami untuk daftar.

“Vaksin Covid-19 sangat penting, supaya kami lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dan pelancong, apatah lagi kebanyakan pengayuh beca di negeri ini kebanyakannya warga emas yang berisiko tinggi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}