Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Alhamdulillah! Kelantan Benarkan Solat Terawih Sepanjang Bulan Ramadan

Ikut kapasiti masjid, surau atau musolla dan boleh melaksanakan sama ada 8 atau 20 rakaat
nura
09 Apr 2021, 11:16 AM

Sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memberi kebenaran melaksanakan solat terawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di seluruh negeri tersebut.

alhamdulillah! kelantan benarkan solat terawih sepanjang bulan ramadan

Menurut kenyataan Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz malam tadi, perkara tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

"Bagi solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musolla dengan penjarakan fizikal satu meter dan boleh dilaksanakan sama ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat Isyak.

"Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat tarawih, manakala tazkirah subuh, asar dan lain-lain adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter," katanya.

alhamdulillah! kelantan benarkan solat terawih sepanjang bulan ramadan

Bagi aktiviti tadarus al-Quran, beliau yang juga merupakan Tengku Temenggong Kelantan berkata aktiviti tersebut dibenarkan mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu meter dalam tempoh tidak melebihi sejam. 

Manakala aktiviti qiamullail turut dibenarkan sepanjang bulan Ramadan selama satu jam sebelum waktu imsak.

alhamdulillah! kelantan benarkan solat terawih sepanjang bulan ramadan

"Jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan, namun masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan menu berbuka dan bersahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah," katanya sambil menambah syarat yang sama ditetapkan bagi jamuan moreh.

"Iktikaf di masjid adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter. Bermula Ramadan ini, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas dibenarkan mengikuti program-program yang diadakan di masjid, surau dan musolla," ujarnya lagi.

Selaras itu, beliau turut berkata setiap prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dipatuhi semua pihak dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya gagal mematuhi ketetapan itu.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}