Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

6 Lokasi Wajib Untuk Day Trip Ke Kelantan!

Sekali pergi, pasti teringat-ingat.
Editor
24 Mar 2019, 07:00 AM

6 lokasi wajib untuk day trip ke kelantan!

Kredit gambar utama: Shutterstock

Kelantan mungkin tiada taman tema gergasi mahupun pusat permainan air popular, tetapi Negeri Cik Siti Wan Kembang ini cukup terkenal dengan makanan-makanan menarik dan unik, sebahagiannya sukar didapati di tempat lain... Sampai ramai yang sanggup pergi kelantan ‘balik hari’ untuk lepaskan rasa mengidam tu. Iyalah, bila dah suka tu lautan api pun sanggup diredahi, apa la sangat dengan naik bas balik hari, kan?

Siapa kata tak boleh? Anda boleh naik bas malam, sampai ke Kelantan pagi. Terus ‘jalan-jalan cari makan’ dan bertolak balik malam yang sama. Antara lokasi mesti pergi termasuklah:

#1 Kopitiam Kita

Antara lokasi sarapan pagi terkenal. Anda boleh merasai keenakan roti titab. Roti yang disapu kaya home made dan dimakan bersama telur separuh masak. Nak makan nasi pun boleh. Ada nasi Air Dingin, nasi Kak Wok, nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang dan nasi lemak.

 

#2 Pok Loh Milo Tunggeng

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azie Sam (@azie_samm) on

Salah satu lokasi sarapan pagi terkenal dengan minuman milo tunggeng. Memang kaw!

#3 Pasar Siti Khadijah

6 lokasi wajib untuk day trip ke kelantan!

Kredit: Shutterstock

Bukan je ada kain baju, barangan basah dan kering dan cenderahati tetapi di sinilah syurga makanan. Sebut je anda nak makan apa, semuanya ada. Bolehlah rasa kuih ulat bulu, ketupat sotong, keropok gotea, etok salai, assam gumpal, badak berendam, lompat tikam dan butir nangka.

#4 Nasi Ulam Cikgu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nasiulamcikgu (@nasiulamcikgu) on

Dah penat separuh hari berjalan di Pasar Siti Khadijah, bolehlah singgah menikmati hidangan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang tak jauh dari pasar. Harganya berpatutan, rasanya memang sedap. Lagi sedap dapat makan lauk pauk tradisional Kelantan dengan ulam-ulaman dengan sambal belacan dan budu home madenya yang sedap.

#5 Pantai Cahaya Bulan (PCB)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Muhammad Husaini Kamal Amir (@angahusaini19) on

Petang-petang tu tak tau nak buat apa, bolehlah makan colek sambil minum air kelapa dan mencuba sendiri kerabu meggi di sini sambil hirup udara petang.

#6 Wakaf Che Yeh

6 lokasi wajib untuk day trip ke kelantan!

Kredit: http://tourism.kelantan.my

Syurga membeli belah yang ala-ala uptown. Semakin menginjak malam, semakin happening. Banyak baju, tudung murah yang boleh anda beli di sini. Bolehlah rasa ais krim pulut, teh beng dan berbagai makanan Kelantan di sini.

Memang best, kan Kelantan? Siapa yang dah pergi tu mesti rindu nak ke sana lagi. Selain naik kereta, anda boleh je ke Kelantan dengan menaiki bas. Ada banyak perkhidmatan bas ke Kelantan seperti Ekspress Mutiara. Tiket pun boleh beli siap-siap secara online, dalam bas pun anda boleh charge telefon dan paling best, sesetengah bas Ekspress Mutiara turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi supaya korang dapat terus berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan sepanjang perjalanan. Memang tak bosanlah travel dengan Ekspress Mutiara ni.

6 lokasi wajib untuk day trip ke kelantan!

So, bolehlah plan jalan-jalan cari makan ke Kelantan. Nak tau lebih lanjut tentang bas Ekspress Mutiara atau nak beli tiket secara online? Layari je www.e-mutiara.com.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}