Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Bantuan tiba di Jabalia untuk kali pertama setelah berbulan

Bantuan tiba di Jabalia untuk kali pertama setelah berbulan
Abdul Muadzar Azizan.
18 Mar 2024, 04:08 PM

bantuan tiba di jabalia untuk kali pertama setelah berbulan

Bandar Jabalia di utara Gaza menerima bekalan bantuan kecemasan pada Isnin buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan, menurut sumber lapor Agensi Anadolu. 

Ini berlaku selepas tentera Israel membenarkan sembilan trak yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki kawasan di utara Semenanjung Gaza, termasuk Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Rahiya.

Bekalan bantuan yang terdiri daripada tepung, beras, barangan dalam tin dan gula telah dihantar ke kem pelarian Jabalia di bawah seliaan perkhidmatan keselamatan kerajaan Gaza dan dengan kerjasama masyarakat setempat.

Bekalan bantuan itu kemudiannya disimpan di sebuah gudang yang dikendalikan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Sekurang-kurangnya 27 orang maut akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Semenanjung Gaza akibat pengepungan Israel, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Serangan Israel sejak 7 Oktober telah membunuh lebih 31,600 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan hampir 73,700.

Sumber Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}