Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Anak

Macam-macam kita dengar, tapi sahih ke?
Sofea Shahrol
21 Jun 2023, 02:15 AM

Tiada siapa yang dapat menjangkakan tanda mengandung anak perempuan atau lelaki tanpa bantuan alatan yang serba moden.

Kemajuan teknologi perubatan telah membolehkan kita mengetahui berkenaan dengan perkara tersebut supaya persiapan awal boleh dibuat.

Kebiasaannya, jantina anak boleh diketahui sekitar minggu ke-20 menggunakan alat ultrabunyi jika kemaluan bayi yang diperiksa berada pada kedudukan yang boleh dilihat melalui skrin yang memaparkan imej janin.

Kalau jantina anak tidak dapat ditentukan dengan jelas, ujian genetik sahaja yang boleh memberikan maklumat yang tepat (100 peratus) berkenaan dengan perkara itu.

Walau bagaimanapun, ia hanya disarankan jika janin di dalam kandungan mempunyai masalah genetik.

Tanpa ujian dan peralatan tersebut, pasangan suami isteri hanya boleh bergantung kepada maklumat turun-temurun yang ada atau tiada penerangan saintifik di sebalik jantina anak yang dikandung.

#1 Garis hitam linea nigra bawah perut tanda mengandung anak perempuan?

5 mitos popular tentang ramalan jantina anak

Uri atau plasenta menghasilkan hormon yang boleh merangsang penghasilan dan pengumpulan melanin menyebabkan terbentuknya garis hitam pada abdomen yang dikenali sebagai linea nigra.

Orang dahulu percaya sekiranya garis tersebut terhenti di bawah pusat, anda sedang hamil anak perempuan.

Jika garis tersebut bersambung sehingga ke atas pusat anda sedang hamil anak lelaki.

Tiada penerangan sains berkenaan dengan fenomena ini dan ia merupakan spekulasi yang tidak berasas.

Namun ada sahaja yang percaya, kan?

#2 Kandungan tinggi atau rendah

5 mitos popular tentang ramalan jantina anak

Ramai individu yang suka komen berkenaan dengan saiz dan kedudukan kandungan anda.

Kata mereka, jika kandungan anak kelihatan tinggi, itu tanda mengandung anak perempuan.

Jika kandungan tersebut rendah, anda sedang hamil anak lelaki.

Persoalannya, bagaimana nak tentukan tinggi rendahnya kandungan tersebut? Kalau di tengah-tengah bagaimana?

#3 Degupan jantung janin laju tanda mengandung anak perempuan?

5 mitos popular tentang ramalan jantina anak

Menurut sumber yang tidak menunjukkan bukti saintifik, degupan jantung bayi boleh menjadi klu berkenaan dengan jantina bayi.

Sekiranya jantung berdegup melebihi 140 degupan, anda sedang hamil anak perempuan manakala jika lebih rendah daripada 140 anda sedang hamil anak lelaki.

Boleh difahami jika kepercayaan ini dipegang oleh orang dahulu, namun sekarang ini pun ada juga yang masih percaya padanya.

#4 Rambut pada badan tentukan jantina bayi

5 mitos popular tentang ramalan jantina anak

Seronok tak jika anda boleh ramal jantina bayi melalui rambut anda ketika hamil?

Kata orang dahulu, jika rambut anda kelihatan bersinar dan tebal, anda sedang mengandung anak lelaki.

Jika rambut anda kelihatan rapuh dengan warna pudar, anda sedang mengandung anak perempuan.

Keadaan ini boleh dilihat juga pada tubuh badan yang lain (ketiak, betis dan sebagainya).

Jika bulu tumbuh laju, itu tandanya anak lelaki dan jika kadar pertumbuhan bulu kelihatan normal, itu tandanya anak perempuan.

#5 Gunakan cincin untuk tentukan bayi lelaki atau perempuan

Nak tahu auta yang lebih mengarut?

Orang dahulu pernah menggunakan cincin untuk mengetahui jantina anak.

Cabut rambut pada tubuh anda, ikat cincin di hujungnya.

Baring dan gantung cincin tersebut di atas perut anda. Sekiranya ia bergerak dalam bentuk bulat, itu anak lelaki.

Jika ia bergerak persis pendulum (ke kanan ke kiri) itu anak perempuan.

Ada ke beza jika anda mengandung anak lelaki atau perempuan?

Selain daripada penggunaan kaedah moden seperti alat ultrabunyi atau ujian genetik, tiada kaedah lama yang boleh digunakan untuk mengetahui jantina anak.

Bahkan, kebanyakan daripadanya adalah mengarut dan tidak mempunyai penerangan saintifik yang jelas.

Konklusi

Jika anda ingin mengetahui jantina anak, lebih baik rujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan pemeriksaan menggunakan alat ultrabunyi.

Setakat ini ujian genetik hanya disarankan kepada golongan tertentu memandangkan ia boleh menyebabkan komplikasi keguguran.

Langkah pencegahan dan nasihat doktor masih perlu diikuti bagi memaksimumkan tahap kesihatan ketika anda sedang mengandung.

Sumber: Hello Doktor

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}