Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB

Antara pertuduhan yang telah didakwa pasangan tersebut adalah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera.
nura
20 May 2021, 12:18 PM

Pengacara, usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

neelofa, pu riz mengaku tidak bersalah langgar sop pkpb

Pasangan tersebut membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mahyun Yusof di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.

Merujuk kertas pertuduhan, Neelofa dan Muhammad Haris telah didakwa gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 Mei lepas.

Satu lagi pertuduhan telah didakwa ke atas PU Riz iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam sepertimana yang telah ditetapkan dalam SOP PKPB.

Sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali untuk setiap pertuduhan.

neelofa, pu riz mengaku tidak bersalah langgar sop pkpb

Pihak pendakwaan melalui Nor Azizah Aling memohon jaminan RM20,000 dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh mengambil kira kes tersebut mendapat perhatian umum dan kes COVID-19 yang masih tinggi.

Namun begitu, pasukan pembelaan diwakili M Haresh membantah dan meminta tiada jaminan dikenakan atas alasan kes tersebut bukanlah kes jenayah namun hanya melibatkan saman.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret kemudian menetapkan PU Riz yang menghadapi dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Manakala, Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepada kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh telah membayar jaminan tersebut dan dilihat meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 10.10 pagi

 

 

Sebutan semula kes dan serahan dokumen daripada Timbalan Pendakwa Raya adalah pada 4 Jun depan.

Kes tersebut dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim Hashim manakala M Haresh menegetuai pasukan pembelaan mewakili Neelofa dan Muhammad Haris.

Isu pelanggaran SOP PKPB yang dilakukan oleh pasangan itu mula timbul apabila beberapa rakaman yang dimuat naik Neelofa mula tular di media sosial. Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa dan suaminya didakwa setelah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis berkenaan.

Muhammad Haris didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}