Gegar Vaganza antara rancangan terbitan Astro yang ditunggu-tunggu. Jika tahun-tahun sudah telah menobatkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3) dan Aishah (GV4) sebagai juara, siapa agaknya di antara 12 peserta musim ke-lima ini yang bakal menggegar pentas dan merebut gelaran juara?
Bakal bersiaran bermula 30 September ini, Ahad, 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) senarai peserta yang terlibat untuk GV 5 boleh tahan hebatnya. Buat pertama kali juga, program itu menampilkan kelainan apabila mengetengahkan penyanyi berkumpulan sebagai peserta iaitu Elite, Forteen dan duo, Billy Zulkarnain yang pastinya akan memberikan persaingan yang hebat terhadap peserta solo.
Antara artis lain yang bakal menggegarkan pentas GV 5 termasuklah Hetty Sarlene, Farahwahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob, Maya Matahari, Amelina, Zamani (Slam) serta Shafie (Rio).
Memang nama-nama besar dan tentunya bukan calang-calang! Tak sabar nak saksikan persembahan mereka dan mendengar lawak jenaka Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara, mengusik Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap.
Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
Kredit: mSTAR
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.